Sunday, June 18, 2017

Fattah Digosip Bercinta Dengan Wanita VIP, Netizen Petik Nama Azrinaz Mazhar Hakim



Selepas episod cinta dengan Neelofa, nama Fattah Amin kembali disebut-sebut apabila dia kononnya kini sedang menyulam cinta dengan seorang wanita berstatus kenamaan.


Khabarnya, wanita yang dimaksudkan itu merupakan seorang selebriti yang pernah menjadi isteri kepada seorang kenamaan pada suatu ketika dahulu.


Hubungan Fattah dan wanita itu dikatakan mula terjalin selepas pelakon lelaki itu membuat kenyataan sudah tidak mempunyai hubungan dengan pelakon popular Neelofa.


Bagaimanapun, netizen memetik nama Azrinaz Mazhar Hakim sebagai individu yang dimaksudkan memandangkan mereka pernah memuatnaik foto bersama.


Malah ruang komen foto di laman sosial Instagram Azrinaz turut dihujani pelbagai komen daripada peminat. Ada yang mendoakan mereka bersama dan ada juga menyifatkan hubungan mereka tidak sesuai.


Sebelum Neelofa, Fattah pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Sherry Ibrahim.

Azrinaz pula sebelum ini pernah bercinta dengan selebriti Wak Doyok sebelum mengakui telah putus pada hujung tahun lalu.


Tiada penjelasan selanjutnya daripada Fattah dan Azrinaz........................

No comments:

Post a Comment

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017 Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pav...