Thursday, August 17, 2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017


Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur bermula semalam.
Maka pasti ramai selebriti yang turut terlibat dalam event besar-besaran ini.
Tidak terkecuali jutawan kosmetik Nur Sajat yang turut hadir dan membuat penampilan istimewa di dalam slot Zery Zamry.
Sajat yang mengenakan pakaian dress pendek berkonsepkan lace hitam serta berkasut tinggi halus membuatkan ramai ternganga melihat kecantikannya.

Namun, seperti biasa tidak semua yang bersetuju dan memuji dirinya.
Melalui sebuah video pendek yang dimuat naik menyaksikan dia memberi bunga pada pereka fesyen kesayangannya itu, maka ramai netizen mengutuk dan memerli cara penampilannya di malam tersebut.

Berang dengan keterlanjuran komen daripada pengikutnya, Sajat bertindak membidas kata-kata netizen dengan kata-kata yang cukup sinis.



“Mereka Sebumbung Pun 6 Hari Je”


Kisah pergolakan rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa telah menjadi semakin hangat apabila Joy menulis satu karangan di Facebook yang memberi bayangan seolah-olah Hafiz Hamidun mempunyai masalah batin. Hafiz Hamidun bagaimanapun menafikan kenyataan itu, mendakwa Joy tahu apa sebenarnya yang menyebabkan pertikaian mereka tetapi cuba berselindung.
Ramai Netizen mempersoalkan tindakan Joy yang dilihat gemar menghebahkan masalah dan meluahkan perasaan mengenai suaminya di Facebook. Netizen beranggapan seorang isteri yang baik seharusnya mengadu masalah rumahtangga kepada saluran yang betul, misalnya kaunselor atau pejabat agama.
Terbaru, kakak Joy Revfa yang bernama Dyana Sofia telah menulis status mempertanankan tindakan adiknya itu.

Dia mendakwa Joy menerima kecaman dari Netizen setiap hari dan memerlukan ‘outlet’ untuk meringankan masalah yang ditanggung dan orang ramai patut memahami keadaannya.


Dyana mendakwa adiknya dan Hafiz hanya duduk sebumbung selama enam hari dan masih belum sempat berkenalan dengan lanjut.




Monday, August 14, 2017

Mr Delicious  Kilafairy - saluran HyppTV bermula 16 Ogos ini.



Kila bakal muncul dengan drama bersiri Mr Delicious yang ditayangkan di saluran HyppTV bermula 16 Ogos ini.
Dalam drama itu, Kila memegang watak Zara di samping Reen Rahim, Ieda Moin dan pelakon dari Indonesia, Guntur Triyoga.
“Zara gadis ‘bimbo’, tetapi sebenarnya berpelajaran tinggi. Dia sentiasa menceriakan keadaan.

“Karakter ini sangat berbeza dengan keperibadian sebenar saya,” katanya.
Kila berkata, dia memilih untuk hanya menjayakan sebuah drama dalam setahun.
“Saya mengambil keputusan ini kerana mahu lebih fokus. Kalau ada pun tawaran lain yang saya terima hanyalah telefilem.
“Selebihnya, fokus pada muzik,” katanya.



Bukan tumpang populariti-Kilafairy


Berpeluang merakamkan single bersama penyanyi antarabangsa lebih-lebih lagi dari Hollywood semestinya dinanti ramai artis tempatan.
Bagi Kilafairy, kolaborasi bersama penyanyi Sean Kingston menjadi salah satu pengalaman terbaik dalam kembara seninya.
“Jun lalu, saya baru selesai merakamkan lagu baru dengan Sean Kingston. Pengalaman itu sangat indah dan bermakna.
“Meskipun lagu ini belum diberi judul, video muzik yang membabitkan Kingston sudah dirakam. Bahagian saya akan menyusul dalam waktu terdekat,” katanya.
Ditanya sama ada kehadiran single itu untuk menumpang populariti penyanyi berdarah Amerika-Jamaica itu, Kila pantas menafikannya.
“Tidak. Saya memang meminatinya sejak dulu. Kalau benarlah niat asal saya mahu menumpang populariti, lebih baik saya cari penyanyi yang lebih popular daripada Kingston,” katanya.
Memandangkan pengaruh muzik Kila lebih terarah kepada urban, pihak pengurus label Lion Music Group memutuskan untuk memacu kerjayanya sejauh mungkin.
“Biarpun jiwa saya lebih kepada muzik urban, pihak pengurusan menasihati supaya mencuba pelbagai genre.
“Mereka mahu kehadiran saya memenuhi kehendak pencinta muzik tanah air yang sentiasa dahagakan kepelbagaian.
“Insya-Allah, kolaborasi ini mungkin membuka peluang kepada saya untuk melebarkan sayap ke luar negara,” katanya.
DSV tak mahu kahwin suami orang

USAHAWAN kosmetik popular dan penyanyi, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Vida tidak berminat dengan suami orang atau menjalani hidup bermadu jika dia ditakdirkan berkahwin semula.
Vida yang kini popular dengan single I Am Me berkata, selepas bercerai dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti atau berkahwin segera.

Dia juga menasihati wanita yang mempunyai suami tidak perlu takut atau berasa tercabar dengan dirinya.
“Suami orang bukan ciri lelaki pilihan saya. Jadi, kepada wanita yang mempunyai suami, jangan bimbang kerana saya takkan kacau suami anda. Kalau ditakdirkan saya hidup solo sekali pun, saya okay saja," katanya.
Dalam pada itu, Vida turut sedih apabila dipandang serong segelintir masyarakat berikutan status ibu tunggal atau janda itu.
Dia juga kesal kerana turut digelar ‘gatal’ disebabkan personalitinya yang ceria itu.

"Sebelum ini saya banyak mendengar keluhan mereka yang berstatus ibu tunggal dipandang serong dan dilemparkan dengan kata-kata kesat. Apabila terjadi kepada diri sendiri, baru saya faham dilema dilalui mereka.
"Bagi saya, masyarakat tak patut menilai dan menjatuhkan hukum sebegitu. Apabila dipanggil ‘gatal’, memanglah saya akan terasa. Apa salah saya dengan mereka? Selama ini saya tak kacau orang pun dan saya hanya buat hal sendiri,” katanya.
Vida berkata, itu adalah sikap semula jadinya dan bukan dibuat-buat semata-mata untuk menarik perhatian.
“Hidup ini perlu ceria dan tidak boleh mengalah dengan masalah yang wujud," katanya.

Remy Ishak 'hilang' ............



Aktor Remy Ishak mengaku lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya tanpa 'gangguan' media sosial.
Remy atau nama penuhnya, Mohammad Zalimie Ishak, 34, mengaku kurang aktif mengendalikan akaun Instagram kerana terikat dengan jadual kerja yang padat.
"Fokus buat masa ini adalah kerjaya seni. Saya sibuk hingga tidak ada masa memuat naik gambar dan sebagainya dalam akaun media sosial.
"Saya masih terikat dengan penggambaran drama Dosa di Indonesia. Rasanya lebih baik saya memberi sepenuh perhatian terhadap perjalanan kerjaya.
"Sesetengah artis menggunakan media sosial untuk mendekati peminat, namun buat masa ini, saya lebih selesa menghargai penyokong melalui produk lakonan saja.
Selain Remy, mini siri Dosa turut menampilkan Datuk M Nasir, Hisyam Hamid dan Ashraf Sinclair sebagai teraju utama.

Tak babit rumah tangga - Hafiz Hamidun


Penyanyi Hafiz Hamidun berkata kemelut yang berlaku dengan isterinya, Joy Revfa, tiada kena-mengena dengan isu rumah tangga.
Bagaimanapun, artis yang turut bergelar usahawan itu belum dapat memberi penjelasan lanjut berhubung perkara terbabit buat waktu ini.
"Ini bukan soal rumah tangga. Ia berkaitan isu lain yang akan saya jelaskan pada sidang media nanti. Saya sekali lagi ingin tegaskan di sini, ia memang isu luar daripada hal rumah tangga.
"Buat teman media dan peminat yang disayangi, saya harap anda semua dapat bersabar," katanya ketika dihubungi.
Ulasan ringkas penyanyi Jodoh Berdua itu tentu saja menambahkan lagi teka-teki terhadap rumah tangganya yang semakin diperkatakan sejak beberapa hari lalu.
Sejak minggu lalu, perkahwinan yang baru berusia tiga bulan artis terbabit dan Joy Revfa, atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 30, menjadi perhatian ramai apabila usahawan kosmetik berkenaan memberi bayangan mengenai wujudnya masalah rumah tangga mereka menerusi perkongsian beliau di Instagramnya.
Begitupun, dalam kenyataannya sebelum ini, Joy turut berharap supaya tiada mana-mana pihak menyalahkan atau memfitnah dirinya dan Hafiz, 33, sekali gus terus mengeruhkan keadaan.
Hafiz pula memberitahu akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu tidak lama lagi.
Ditanya mengenai kemungkinan yang berlaku terhadap mahligai baru dibinanya itu, penyanyi itu berkata, beliau terus bersikap optimis dan positif.
"Saya berfikiran positif dengan apa yang akan berlaku," katanya.
Pasangan ini dinikahkan di Shah Alam pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.
Sebelum ini, Joy pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus, yang kini berusia tiga tahun.

Bagai Merpati Dua Sejoli! 


Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor hari ini.

"Merafak sembah ucapan tahniah kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim atas pernikahan baginda dengan pasangannya, Encik Dennis Muhammad Abdullah pada 14hb Ogos 2017 bersamaan 21 Zulkaedah 1438 Hijrah, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

"Sembah Takzim daripada kami para pemain, pihak pengurusan, pegawai serta penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dan seluruh rakyat negeri Johor. Didoakan supaya berkekalan kebahagiaan kedua-dua mempelai DiRaja ini. Allah Peliharakan Sultan," tulis akaun Johor Southern Tigers.

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar majlis pertunangan dan pernikahan Tunku Tun Aminah dan Dennis Abdullah.









Saleem Larang Syafiq Farhain Menyanyi Dan Sebut Namanya

ISU menggunakan nama Saleem akhirnya selesai apabila syarikat rakaman MVM Production sudah pun bertemu dengan penyanyi itu pada Rabu lalu.
Pengarah Urusannya, Rumhadi Rumlan berkata, dalam perbincangan itu pihaknya telah menerima beberapa syarat yang diletakkan oleh penyanyi berkenaan
“Dalam perbincangan itu Saleem melarang anaknya iaitu Syafiq Farhain agar tidak mengaitkan nama dia dalam mana-mana temuramah bersama media dan menyanyikan lagu-lagu dia di mana-mana acara,” ujarnya
Rumhadi berkata demikian mengulas tentang laporan Saleem bakal mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat rakaman dan seorang penyanyi baharu iaitu Syafiq Farhain.
Dalam laporan program Melodi itu, Saleem menganggap tindakan syarikat rakaman yang mengaitkan namanya dalam mempromosi penyanyi baharu itu telah menganggu periuk nasinya sebagai artis yang masih aktif.
Sementara itu, Hadi berkata, pihaknya dan Syafiq sudah bersetuju dan faham dengan syarat yang diletakkan oleh penyanyi lagu Bukan Ku Tak Sudi itu.
“Kami faham dengan apa yang dia mahu, memang benar ramai penganjur yang mahukan Syafiq menyanyikan lagu-lagu Saleem.
“Kami akan pastikan ia tidak akan berulang dan Syafiq akan menyanyikan lagu dia sendiri dan lagu-lagu penyanyi lain.
“Walaupun pada hakikatnya Saleem sebenarnya tiada hak kerana hak menyanyikan lagu itu terletak pada syarikat rakaman bukan penyanyi, namun kami hormat dan faham,” ujarnya.
Rumhadi berkata, pihaknya juga memastikan Syafiq tidak menyebut dan mengaitkan hubungan anak beranak dan nama penyanyi itu di mana-mana temuramah bersama media.
Selain itu, Rumhadi turut mengakui Saleem merupakan individu yang membawa anaknya ke syarikat berkenaan untuk diperkenalkan sebagai penyanyi.
“Ya, awal tahun lalu selepas Syafiq popular, Saleem bawa dia ke syarikat kami untuk diperkenalkan sebagai artis.
“Tentang promosi berlebih-lebihan itu, apa yang saya boleh katakan, ia adalah tanggungjawab kami sebagai syarikat rakaman untuk menjual lagu yang sudah dirakam,” ujarnya.

Sunday, August 13, 2017



Ummi Nazeera Dan Siti Saleha, Anggun Di Majlis Resepsi



Selepas selamat diijabkabulkan pada pada 23 Julai lalu, pelakon Ummi Nazeera dan Dr. Mohd. Izzar Anwari, 30, telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang meriah semalam.

Majlis resepsi bertemakan ala Klasik itu diadakan dengan meriah di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC.

Memilih beberapa persalinan rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, Ummi dan suami kelihatan begitu kacak dan cantik.

Majlis yang berlangsung meriah itu turut mendapat perhatian netizen apabila mereka memuji persalinan yang digayakan oleh Ummi kelihatan sungguh menawan.

Pada majlis tersebut juga pasangan pengantin turut dihiburkan dengan persembahan Zapin daripada ahli keluarga dan tetamu yang hadir. 


Dalam pada itu, pelakon Siti Saleha dan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar turut diraikan dalam satu majlis resepsi yang indah semalam.


Majlis yang bertemakan ala Inggeris itu diadakan dengan meriah di Hotel Inter Continental Kuala Lumpur.

Memilih persalinan serba putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, Saleha kelihatan begitu cantik seperti seorang puteri.


Manakala Lutfi pula segak memakai sut berwarna putih seperti putera raja.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis Saleha dan Lutfi ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Yusri Kru, Lisa Surihani dan Vanida Imran.

Majlis yang berlangsung semalam merupakan resepsi ketiga bagi pasangan Saleha dan Lutfi
.


Saturday, August 12, 2017

SYAMEL AF KAKI CLUBBING???


PENYANYI Syamel menafikan dakwaan dia gemar mengunjungi pusat hiburan dan mengambil minuman keras.
Syamel ketika dihubungi berkata, dia hanya ke situ jika ia membabitkan tuntutan kerja saja.
 Dia mengakui memang berkunjung ke banyak pusat hiburan di sekitar Lembah Klang, tetapi hanya kerana terbabit dalam persembahan nyanyian anjuran Astro.
“Kalau betul pun saya ingin berhibur, saya suka menonton persembahan ‘live band’,” katanya.
Syamel berkata, dia terkejut dengan dakwaan itu dan menganggap ada pihak sengaja mereka cerita bagi merosakkan periuk nasinya.
“Tak mungkin saya melakukan perkara seperti itu. Saya masih boleh mempertimbangkan yang mana buruk dan yang mana baik. Lagi pun saya menetap bersama keluarga. Ke mana saja saya pergi masih lagi di bawah pemantauan ibu bapa,” katanya.
Syamel berkata, jika ke mana-mana pun dia juga kerap ditemani dua sahabat baiknya.
“Mungkin juga mereka tersilap dengar. Saya sebenarnya bukan berkunjung ke kelab malam, tetapi ke kelab futsal,” katanya

SHAHEIZY SAM KESAL TINDAKAN LHDN.



Pelakon Shaheizy Sam mengakui kesal dengan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiarkan notis muflis yang memaparkan data peribadinya di akhbar tempatan.


Menurut Sam alasan yang diberikan oleh LHDN adalah tidak munasabah dan dia menggangap dirinya seperti dianiaya oleh pihak terbabit.


"Membayar cukai menjadi tanggungjawab, malah saya ada rekod mengenainya. Saya rasa seperti dianiaya dan disabotaj.


"Tiada istilah mereka tak boleh cari saya. Saya bukan kerja pejabat dari jam 9 pagi sampai 5 petang. Saya berlakon tak tentu masa dan ada hari saya tiada di rumah.


"Saya tak pasti apa motif mereka. Mungkin juga ini cara mereka menggunakan orang berpengaruh seperti saya untuk menyedarkan masyarakat supaya membayar cukai.


"Sejak mula berlakon lagi, saya sudah melaksanakannya. Tak perlu risau. Kali terakhir mereka datang ke rumah pada 9 Mei lalu ketika anak sulung dilahirkan dan saya berada di hospital. Saya umumkan hal itu di laman sosial.


"Dua tiga minggu sebelum notis itu dikeluarkan, beberapa wakil LHDN datang ke rumah dan menyerahkan borang CP 500. Kenapa mereka tak maklumkan hal berbangkit? Kenapa pilih guna surat khabar pula?," katanya.



Tambah Sam, hingga hari ini dia dan ejen cukai dilantik masih menunggu penjelasan sebenar berhubung notis muflis terbabit.

Bayangan pembantu Coffee Prince


Sebelum ini kecoh dalam kalangan peminat drama tempatan pasal siapakah pelakon yang akan memegang watak dalam drama adaptasi popular Korea, Coffee Prince.
Antara yang disebut-sebut adalah Fattah Amin bakal membawa watak ala Choi Han Kyul dan Janna Nick pula watak ala Go Eun Chan.

Tapi siapa tiga lagi lelaki yang bakal membawa watak pembantu dalam drama arahan Michael Ang itu??????
Sean Lee ialah pelakon remaja yang pernah membintangi beberapa drama dan telefilem seperti drama bersiri Keluarga Pontimau yang pernah disiarkan TV3 suatu ketika dulu.








Faezz Azemi pula pernah muncul dalam drama Abang Bomba I Love You tahun lalu













Shafiq Khan pula dikenali melalui beberapa video parodi yang pernah tular dalam laman sosial.














walaupun mereka bertiga belum dikenali ramai dan baru bertatih dalam industri hiburan tempatan, bakat lakonan mereka sudah lama dihidu Michael Ang.
Cik Pang pun tidak mahulah terburu-buru tapi berharap peminat drama terutama Coffee Prince edisi Korea sebelum ini dapat memberi peluang kepada mereka.
Manalah tahu melalui bakat lakonan dimiliki, mereka mampu membawa pembaharuan dalam drama tempatan.

KAMI AKAN DUDUK RUMAH SENDIRI : TUNKU TUN AMINAH DAN DENNIS


TUNKU Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim tertarik dengan kebaikan dan sifat lemah lembut bakal suaminya, Dennis Muhammad Abdullah.

“BELIAU seorang yang menarik namun dalam masa samaseorang yang tegas dan mempunyai nilai kekeluargaan yang kukuh,” kata Dennis Muhammad. IHSAN Pusat Media Diraja Johor.


Dalam satu kenyataan media RPO Johor, Tunku Tun Aminah, berkata beliau sedang menyiapkan mahligai barunya itu sebagai persediaan mengharungi kehidupan selepas mendirikan rumah tangga.
Ia akan menjadi satu pengalaman baru buat puteri itu dalam mengharungi kehidupan bersama warga Belanda itu yang bakal dibina Isnin ini.
“Kami akan berpindah ke rumah sendiri dan memulakan kehidupan sebagai suami isteri.
“Ini adalah pertama kali saya akan tinggal sendiri dan jauh dari ayahanda, bonda serta ahli keluarga yang lain,” katanya.
Sementara itu, Dennis Muhammad yang memeluk Islam sebelum mengenali Tunku Tun Aminah berkata, beliau rasa amat terharu apabila diterima menjadi sebahagian daripada keluarga diraja Johor.
“Tunku Tun Aminah seorang insan yang amat istimewa buat saya. Beliau seorang yang menarik namun dalam masa sama, seorang yang tegas dan mempunyai nilai kekeluargaan yang kukuh.
"Beliau juga amat rapat dengan keluarganya, seperti saya dengan keluarga di Belanda,” katanya.
Dennis Muhammad berkata, walaupun mengahwini seorang anak raja, beliau tetap akan bekerja kerana ayahnya pernah menegaskan betapa pentingnya untuk bekerja bagi menampung kehidupan keluarga.

Beliau kini memegang jawatan kanan dalam sebuah syarikat pembangunan hartanah utama di Johor Bahru.
Istiadat pertunangan pasangan sama padan itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene, diikuti dengan Istiadat Akad Nikah.
pengantin diraja bakal diraikan dalam Istiadat Persandingan di Bilik Singgahsana, Istana Besar, pada sebelah malamnya.
Kira-kira 1,200 tetamu akan menghadiri majlis ringkas namun penuh bermakna itu yang turut dipancarkan secara langsung kepada orang ramai menerusi skrin digital gergasi di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Semua istiadat perkahwinan itu akan dijalankan dengan penuh adat istiadat dan budaya Diraja Johor yang mana Tunku Tun Aminah akan mengenakan Baju Kurung Teluk Belanga manakala pengantin lelakinya mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.

Baju Kurung Teluk Belanga diperkenalkan pada lewat kurun ke-19 ketika pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar yang mana ia tidak mempunyai kolar dan bahagian leher dijahit menggunakan jahitan yang dikenali sebagai tulang belut.

Baju rasmi Johor ini, seperti namanya, berasal dari sebuah pulau di Singapura yang dahulunya pernah menjadi ibu negeri Johor.


Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017 Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pav...