GURAUAN ROSYAM NOR MENUSUK KALBU.........
Fattah Amin Cemburu Hubungan Mesra Rosyam Nor, Neelofa??
Pelakon Fattah Amin dikatakan cemburu dengan hubungan mesra yang terjalin di antara Datuk Rosyam Nor dengan Neelofa sejak menjadi juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017).
Menerusi sebuah muatnaik di Instagram (IG), Rosyam Nor telah berkongsi sekeping gambar sedang mengacukan pistol ke kepala Fattah.
"Apa yang kau tidak puas hati dengan aku ni, aku ada kacau budak tokeh tudung tu ke atau ... korang tolong sambung dialog aku," tulisnya menerusi entri di IG.
Menurut Rosyam, Fattah tidak berpuas hati dengan hubungan akrabnya bersama Neelofa sejak akhir-akhir ini.
Ternyata kapsyen yang dimuatnaik oleh Rosyam itu mendapat perhatian daripada peminat dan mereka juga menyambung ayat tersebut dengan kata-kata yang kelakar.
"Atau kau jelous aku jadi juri dengan budak tokeh tudung kat MLM, kau jeles dengan aku sebab tiap-tiap minggu aku dating dengan dia di MLM 2017, atau kau tidak puas hati sebab aku sweet dengan neelofa, atau pon ko jeles sbb aku dapat jumpa dia setiap minggu," kata peminat menerusi ruangan komen.
Namun, kapsyen yang dimuatnaik oleh Rosyam itu hanyalah sekadar gurauan kepada Fattah dan peminatnya


No comments:
Post a Comment