Friday, June 16, 2017



MEMORI BERPUTIK CINTA #LOFATTAH



Fenomena #Lofattah menjadi perbualan hangat netizen setelah drama cinta "Suri Hati Mr Pilot " mula bersiaran di Astro RIA sekaligus menaikkan rating drama cinta terbaik 2016. Tahniah #Lofattah.
Mungkin ramai yang masih belum mengetahui perjalanan cinta mereka satu masa dulu.
Jom kita sama-sama explore this journey................


Teman Saya Main Futsal? Lofa Datang Dengan Kawanlah! – Fattah Amin

8 Disember 2016. 8.35 PM



“Selepas drama Suri Hati tamat, kami masih lagi berhubung dan berjumpa beberapa kali. Kami banyak berbincang mengenai hal kerja,” 

Dalam pada itu Fattah juga mengakui bahawa dia selesa berkawan dengan Neelofa dan wanita itu juga banyak mengajarnya mengenai hal berkaitan dengan perniagaan



“Kita semua tahu yang Neelofa merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya, saya banyak belajar dengan dia.

“Saya akui selesa berkawan dengan Neelofa dan dia juga seorang wanita yang tidak kedekut dengan ilmu.

“Selain banyak membantu dengan lakonan, dia juga banyak mengajar saya tentang perniagaan,” katanya.



"Kusangkakan panas hingga petang, rupanya hujan di tengahari"...


Ini Adalah Waktu Saya Diuji - Fattah Amin Respon Kenyataan Neelofa

21 Disember 2016. 4.33 PM



Pelakon Fattah Amin akhirnya tampil membuka mulut mengenai kenyataan yang dibuat oleh pengacara Neelofa yang mengakui wujud orang ketiga membabitkan hubungannya dengan pelakon Fattah Amin.

Dalam sebuah kenyataan yang diberikan Fattah menerusi aplikasi Whatsapp, dia enggan memanjangkan lagi isu ini.

Berikut merupakan kenyataan penuh Fattah:

"Salam semua. Di kesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang terus menerus daripada semua pihak media.

"Berkenaan permintaan komen balas ke atas kenyataan Neelofa, sejujurnya saya tidak mahu membuat kenyataan untuk memanjangkan lagi isu ini.

"Pada pandangan saya, setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan sentiasa diuji. Setiap orang akan melalui ujian yang berbeza dan waktu ini adalah waktu saya diuji.

"Apa pun saya percaya untuk menjadi orang yang hebat dugaannya pasti hebat. Saya memohon semua peminat terus mendoakan saya terus kuat untuk melalui proses ini.



Begitulah serba sedikit perjalanan percintaan mereka.. Namun bagaimanakah penerimaan anda sebagai fans #Lofattah. Adakah cinta mereka bakal bertaut kembali atau berkubur begitu sahaja????

Berikan komen anda.........

 SWEET MOMENT................

No comments:

Post a Comment

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017 Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pav...