Nafi Bermasam Muka, Neelofa Enggan Ulas Lanjut Status Hubungan Dengan Fattah Amin
26 Januari 2017. 11.48 AM
HUBUNGAN RETAK MENANTI BELAH..............
Berbagai spekulasi dilontarkan..Namun ini luahan isi hati si dara Neelofa:
"Hubungan kami baik-baik sahaja. Saya tidak bergaduh dengan Fattah, kami tidak bermasam muka.
"Namun begitu, saya tidak mahu mengklasifikasikan hubungan kami. Kami tidak berkawan mesra, berkawan rapat atau sebagainya.
"Cukup orang tahu kami masih berkawan dan tidak bermasam muka. Kami berada dalam industri yang sama, jadi apa gunanya bergaduh," kata Neelofa kepada Astro Gempak.
Tambah Neelofa, tidak adil bagi dirinya dan Fattah apabila ada yang mendakwa mereka memberi harapan palsu kepada peminat di luar sana.
"Saya sendiri rasakan tak adil kepada saya dan Fattah apabila ada segelintir pihak salah faham dengan hubungan kami dan mendakwa kami memberikan harapan.
"Saya sendiri tak boleh mengawal apa yang orang mahu fikirkan mengenai hubungan kami. Jadi, perkara itu tidak harus dipanjangkan," katanya
"Saya sendiri tak boleh mengawal apa yang orang mahu fikirkan mengenai hubungan kami. Jadi, perkara itu tidak harus dipanjangkan," katanya
walau berbagai penafian yang dibuat,peminat masih mengharapkan sesuatu...
#teruskanfollow
#updatekisahlofattah




No comments:
Post a Comment