Saturday, June 17, 2017


PASANGAN SERASI FATTAH AMIN?????





Lakonan kedua-dua pelakon ini bersama dengan Fattah Amin dikatakan serasi, jika tidak mana mungkin gandingan mereka menjadi fenomena. 




Gandingan Neelofa dan Fattah dikatakan yang paling serasi sehingga peminat yang menonton SHMP berharap hubungan cinta  yang dilihat di kaca televisyen menjadi kenyataan di luar set.

Selepas fenomena #lofattah  ramai tidak yakin Fattah boleh digandingkan dengan mana-mana pelakon wanita lain.



Bagaimanapun sangkaan tersebut ternyata salah apabila gandingan Fatah dan Fazura mampu mencetus fenomena tersendiri.


Mempunyai ramai pengikut di laman sosial
Kedua-dua wanita ini sama cantik dan mereka mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial terutama Instagram. Mereka menggunakan Instagram untuk berkongsi hampir semua aktiviti harian bersama peminat.

Mereka turut berkongsi foto serta video ketika di set penggambaran. Disebabkan itu peminat 'senang' untuk terus setia menjadi pengikut mereka di laman sosial. Maka, tidak hairanlah kedua-duanya mempunyai lebih 2 juta pengikut di Instagram.




 #lofattah Vs #fattzura

Sejak kedua-dua drama bersiri adaptasi novel ini menjadi popular, kelab peminat masing-masing bergabung untuk mewujudkan satu kelab peminat pasangan selebriti kegemaran mereka.

Terdahulu kelab peminat #lofattah telah diwujudkan bukan sahaja untuk drama siri SHMP tetapi juga kerana mereka sukakan gandingan Fattah dan Neelofa.

Malah kelab peminat itu bersatu sehingga kini walaupun drama bersiri itu sudah lama berakhir. Peminat juga mencipta banyak akaun Instagram khas untuk peminat drama tersebut.

Fenomena  sama berlaku pada HSC dan impak serta kegilaannya juga sama, walaupun Fattah tidak lagi digandingkan dengan Neelofa.

Kelab peminat yang menggunakan hashtag #fattzura memuat naik semua foto dan video mesra Fattah dan Fazura.




Meskipun sibuk dengan aktiviti seni, namun tidak menghalang kedua-dua wanita jelita ini untuk mengusahakan perniagaan masing-masing. Malah jenama mereka dilihat telah menjadi pilihan penggemar fesyen.

Selepas berhijab, Neelofa tampil dengan satu jenama tudung iaitu Naelofar Hijab. Perniagaan yang diusahakan bersama keluarganya itu kini telah menjadi besar dan maju apabila pernah direkodkan mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit.

Tidak ketinggalan juga dengan Fazura, minat yang mendalam terhadap fesyen telah membawanya untuk memiliki label sendiri, iaitu, House of Doll.




PILIHAN ANDA???????????????????

No comments:

Post a Comment

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017 Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pav...