Saturday, June 17, 2017



Penangan Hero Seorang Cinderella, Lebih 1000 Peminat Serbu #FattZura

12 Jun 2017. 2.00 PM





Gara-gara Hero Seorang Cinderella, lebih 1000 peminat memenuhi ruang Atrium pusat membeli belah Quill City Mall, Kuala Lumpur hanya untuk bertemu pelakon utama drama tersebut, Fattah Amin dan Nur Fazura.
Tidak hanya di Atrium, peminat drama bersiri yang sedang menjadi fenomena itu turut memenuhi karpet merah bermula dari luar Quill City Mall sehingga ke pentas utama untuk menyambut ketibaan Fattah dan Fazura (#Fattzura).


Bersempena kempen ‘Raya Kasih dan Cinta’ Quill City Mall telah meraikan 43 anak-anak yatim Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti NurShaheera dalam sebuah majlis berbuka puasa bersama Fattah dan Fazura.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Quill, Datuk Michael Ong berkata majlis berbuka puasa itu diadakan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat dengan menyebarkan maksud sebenar Ramadan dan kasih sayang.


“Sebagai tuan rumah, kami berharap mesej ‘Raya Kasih dan Cinta’ berjaya disampaikan menerusi acara ini dan memberi makna kepada anak-anak Rumah Bakti Shifa Setapak dan Rumah Bakti NurShaheera.

“Kami juga berharap semangat ‘Raya Cinta dan Kasih’ membawa keceriaan dan kegembiraan kepada mereka,” katanya.

Anak-anak dari dua buah rumah kebajikan tersebut telah menerima edisi terhad bantal Hero Seorang Cinderella dan duit raya daripada #Fattzura dan pihak pengurusan Quill City Mall.



Selain itu, #Fattzura turut meluangkan masa menandatangani novel Hero Seorang Cinderella secara ekslusif kepada peminat bertuah.
Pada sesi tersebut, peminat yang membeli novel karya Anjell itu turut diberi peluang beramah mesra dan bergambar dengan #FattZura.
Peminat bertuah #FattZura juga 'sporting' beratur menanti giliran novel mereka ditanda tangan oleh hero dan heroin pujaan ramai itu.



#fattzura 

#semoga beroleh keberkatan..............

No comments:

Post a Comment

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017 Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pav...