Saya Tidak Pernah Anggap Diri Popular - Fazura
Pelakon Hero Seorang Cinderella, Fazura mengakui tidak pernah menganggap dirinya popular.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 33, berkata, meskipun sudah lama dalam industri hiburan namun masih mempunyai banyak kekurangan pada dirinya.
"Sejujurnya saya tidak pernah meletakkan diri saya sebagai seorang selebriti popular.
"Saya mengakui masih banyak kekurangan dan perkara yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki kelemahan diri dalam bidang lakonan dan nyanyian.
"Saya juga merupakan seorang artis yang sendu-sendu saja kerana selepas selesai kerja saya akan habiskan banyak masa di rumah.
"Apa yang penting saya akan melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukan dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berlakon," katanya.
Selain memiliki raut wajah yang ayu....fazura juga memiliki hati yang baik.
Ikut resmi padi menunduk...


No comments:
Post a Comment