Monday, August 14, 2017

Bukan tumpang populariti-Kilafairy


Berpeluang merakamkan single bersama penyanyi antarabangsa lebih-lebih lagi dari Hollywood semestinya dinanti ramai artis tempatan.
Bagi Kilafairy, kolaborasi bersama penyanyi Sean Kingston menjadi salah satu pengalaman terbaik dalam kembara seninya.
“Jun lalu, saya baru selesai merakamkan lagu baru dengan Sean Kingston. Pengalaman itu sangat indah dan bermakna.
“Meskipun lagu ini belum diberi judul, video muzik yang membabitkan Kingston sudah dirakam. Bahagian saya akan menyusul dalam waktu terdekat,” katanya.
Ditanya sama ada kehadiran single itu untuk menumpang populariti penyanyi berdarah Amerika-Jamaica itu, Kila pantas menafikannya.
“Tidak. Saya memang meminatinya sejak dulu. Kalau benarlah niat asal saya mahu menumpang populariti, lebih baik saya cari penyanyi yang lebih popular daripada Kingston,” katanya.
Memandangkan pengaruh muzik Kila lebih terarah kepada urban, pihak pengurus label Lion Music Group memutuskan untuk memacu kerjayanya sejauh mungkin.
“Biarpun jiwa saya lebih kepada muzik urban, pihak pengurusan menasihati supaya mencuba pelbagai genre.
“Mereka mahu kehadiran saya memenuhi kehendak pencinta muzik tanah air yang sentiasa dahagakan kepelbagaian.
“Insya-Allah, kolaborasi ini mungkin membuka peluang kepada saya untuk melebarkan sayap ke luar negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017 Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pav...