Saturday, August 12, 2017

Awal Ashaari Bengang Dikatakan Menunjuk Kaya


Jika kita hidup mahu memuaskan hati orang, sampai bila-bila tidak akan terlaksana impian itu. Begitu jugalah apabila kita terlalu mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang luar yang langsung tidak tahu menahu tentang kehidupan kita.



Bukan pertama kali menerima komen sedemikian, Awal Ashaari sekali lagi nampaknya meluahkan rasa geramnya terhadap satu komen yang mendakwa dirinya menunjukkan kemewahan di Instagram.
Bagi anda yang setia mengikuti perkembangan selebriti Malaysia, ramai saja yang berkongsikan perjalanan hidup seharian di Instagram, sama seperti individu lain di luar sana.
Namun kadang kala mungkin kerana busuk hati atau sakit hati melihat kebahagiaan orang lain, timbul kata-kata mendabik dada dari pengguna laman sosial sendiri.
Dalam kenyataan yang dijawab oleh Awal tersebut, dia menjelaskan bahawa dia bukanlah menunjukkan kemewahan sebaliknya menjalani kehidupan seperti orang lain juga. Apa pun, semoga Awal sentiasa tabah menghadapi dugaan sebegini di lain masa. Tak payah hirau sangatlah orang berkata.

No comments:

Post a Comment

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017 Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pav...