Edry cipta viral:I Am Me-Datuk Seri Vida
![]() |
| Di platform YouTube sahaja, lirik video I Am Me sudah ditonton lebih 50,000 pengunjung sejak dimuatnaik - Foto YouTube |
Belum pun sempat muzik video rasmi single sulung Datuk Seri Vida (DSV), I Am Me dilancarkan, netizen sudah mula kecoh bercerita tentang fenomena lagu itu.
Hampir di semua media sosial, muzik video berlirik lagu I Am Me yang memaparkan aksi usahawan kosmetik itu sedang rancak dikongsikan.
Bagi pencipta lagu itu, Edry Abdul Halim, 41, usahanya untuk menjadikan I Am Me satu fenomena viral sudah menampakkan hasil.
![]() |
bukan saja v.iral di you tube tapi di kalangan pelajar sekolah |
"DSV memang diketahui seorang individu yang sukakan perhatian, jadi saya sengaja mahu menjadikan lagu itu tular sesuai dengan imejnya.
"Selepas merakamkan lagu tema sebuah rancangan realiti sebelum ini, dia menghubungi saya baru-baru ini menyatakan hasratnya mahukan sebuah lagu berbahasa Inggeris.
"Jadi, saya ambil lirik dan melodi yang ringkas untuk menceritakan tentang cara membina keyakinan diri.

"Dirinya sendiri pun lambang keyakinan seorang wanita dan I Am Me sangat sesuai dengannya," katanya yang ditemui ketika sesi pembikinan muzik video I Am Me di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

No comments:
Post a Comment