FATTAH AMIN PELAKON TERMAHAL MALAYSIA
Ketika netizen masih masih melabelkan Fattah Amin sebagai ‘pelakon kayu’, aktor itu sebenarnya antara artis termahal menerima bayaran.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pengarah Michael Ang selain meletakkan Fattah sebagai artis gred A.
Micheal membuat kenyataan itu semasa menjawab soalan netizen yang ingin tahu antara senarai artis paling mahal di Malaysia dari sudut pandangan pengarah tersohor itu.
Selain Fattah beberapa nama pelakon senior lain termasuk dalam kategori itu antaranya Erra Fazira dan Aaron Aziz serta Janna Nick.
“Artis paling mahal? Banyak je artis mahal… Aaron mahal, Fattah mahal, Janna Nick mahal, Erra Fazira mahal.
“Semua artis-artis A tu mahal laa… kalau tak mahal, taklah A dia orang…” antara yang dikongsi Michael menerusi video berdurasi 16 saat itu.
Sejak mencipta nama dalam lapangan lakonan menerusi drama Suri Hati Mr Pilot, Fattah mula dikecam netizen sehingga ada yang mula melabelkan dirinya sebagai ‘pelakon kayu’.
Kayu ke tak kayu, yang penting Fattah dalam kategori artis yang di bayar mahal…
Masyuk!!
Nantikan Kemunculan drama bersiri terbaru Fattah Amin yang bakal disiarkan tidak lama lagi.
"COFFEE PRINCE" VERSI MELAYU




No comments:
Post a Comment