Saturday, June 17, 2017

Buat Panggilan Video, Fattah Amin Gembirakan Hati Anak Yatim

16 Jun 2017. 6.30 PM


Pernah didakwa sebagai seorang yang sombong, aktor Fattah Amin membuktikan dirinya tidak seperti yang disangka sesetengah pihak.
 
Walaupun sibuk dengan tuntutan kerjayanya sebagai seorang pelakon, Fattah sempat meluangkan masa bersama golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim dengan cara tersendiri.

Pada Rabu lalu, ketika pihak Astro menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat menerusi projek #DariHati di Pusat Jagaan Rumah Perlindungan Rahoma di Jalan Maktab, Kuala Lumpur, Fattah sempat meluangkan masa untuk membuat panggilan video bersama anak-anak yatim di sana.

Masa yang diluangkan Fattah kepada anak-anak yatim itu nyata mempu mengukir senyuman di wajah mereka. Biarpun hanya seketika, anak-anak yatim itu gembira dengan inisiatif yang dilakukan Fattah.


Peminat yang menyaksikan rakaman tersebut meninggalkan komen positif di ruangan komen dan senang dengan usaha yang Fattah lakukan dalam menggembirakan hati anak-anak yatim.
 
“sha_norliza: FA suka layan budak-budak.. Comel laaa. Lots of love.”
 
“douselove: Ramai yang sayang Fattah Amin and ramai kanak-kanak juga sayang sangat dengan Fattah kerana dia seorang yang genuine, ikhlas, jujur, humble, mudah mesra dan tak lokek dengan senyuman. Terserlah aura @fattahamin the truly icon @astrogempak.”
 
“lizam68: Wow that so sweet and thoughtful Fattah! Happy to see this kids enjoyed the video call from Fattah.”

 

Jangan lupa saksikan drama bersiri Hero Seorang Cinderella lakonan Fattah bersama Nur Fazura yang akan memasuki minggu terakhir.

No comments:

Post a Comment

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017 Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pav...