Saturday, June 17, 2017


UQASHA SENROSE : KAGUM DENGAN #FATTZURA


"FAZURA DAN FATTAH VERY HUMBLE"


Apabila ditanya tentang pengalamannya berlakon dengan pelakon handal seperti Fazura dan bintang paling popular Fattah Amin, ini jawapan Uqasha:


”Saya akui pada mulanya memang rasa gementar untuk berlakon dengan Fazura kerana dia senior saya dalam bidang lakonan.

”Tetapi setelah saya berada di set penggambaran bersama Fazura dan Fattah, mereka sebenarnya sangat ’humble’ dan tiada istilah berlagak diva.
”Sebenarnya saya memang dah lama kagum dengan Fazura dan apabila diberi peluang untuk berlakon bersama, saya begitu teruja.
”Dia juga sangat membantu dan banyak beri tunjuk ajak kepada saya.



 ”Jika saya ada masalah untuk memahami skrip atau menghayati watak, dia lah yang akan bantu saya,” katanya yang masih sibuk menjalani penggambaran drama Hero Seorang Cinderella sepanjang Ramadan.


Dalam perkembangan lain, Uqasha turut berkongsi dia bakal muncul dengan drama terbaru arahan Micheal Ang yang akan ditayangkan pada tarikh yang akan dikongsi kelak.



No comments:

Post a Comment

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017 Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pav...