Saturday, June 17, 2017

Fattah Amin Rambut Panjang Nampak Macam Uqasha Senrose lah – Netizen

25 Mei 2017. 5.37 PM


Pelakon Fattah Amin sekali lagi menjadi perhatian apabila gaya rambut panjangnya menerusi drama terbaru Hero Seorang Cinderella menjadi bahan lawak di media sosial.
 
Pelbagai reaksi diberikan oleh peminat menerusi hashtag #HeroSeorangCinderella sejak hari pertama drama itu ditayangkan sehingga menjadi trending di Malaysia


 Menerusi beberapa entri di laman sosial, peminat meluahkan rasa geram melihat rambut palsu dipakai oleh Fattah yang membawakan watak sebagai Tengku Ian Uzzam.
 
Menariknya reaksi yang diberikan tidak berbaur negatif sebaliknya lebih kepada komen-komen lucu dan kreatif.
 
Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan oleh netizen:


Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).


 Selain Fattah, drama ini juga turut dibintangi oleh Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Ezette dan JAsmine Suraya.
 Kepada peminat, gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.


No comments:

Post a Comment

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017 Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pav...