Saturday, June 17, 2017

Uqasha Senrose Terlalu Cantik Untuk Dibenci

7 Jun 2017. 2.00 PM

Pelakon kontroversi, Uqasha Senrose mengakui lakonannya dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella sebagai ‘Puteri’ mula mendapat perhatian penonton.
 
“Alhamdulillah setakat ini komen penonton semuanya positif. Walaupun semuanya memang benci dengan watak saya, tapi saya anggap lakonan itu menjadi.
 
”Walaupun saya melakonkan watak antagonis, tetapi penonton sekarang dah bijak untuk bezakan lakonan dengan realiti.

”Mereka sangat bencikan watak Puteri tapi mereka tak bencikan saya,” katanya.
 
Walaupun wataknya dibenci menerusi drama tersebut, Uqasha turut menyatakan tiada tindakan agresif atau pelik yang dilakukan oleh peminat kepada dirinya.
 
”Setakat ini tiada penonton yang datang dan menjerit-jerit atau marahkan saya di luar set.
 
”Dan saya rasa perkara tu memang tak patut terjadi pun sebab ianya sekadar lakonan semata-mata,” jelasnya
Peminat meluahkan rasa geram terhadap pelakon Uqasha Senrose namun tidak sanggup untuk membenci Uqasha kerana penampilannya yang terlalu cantik.

Komen-komen yang meluahkan rasa meluat dan menyampah terhadap aktres tersebut ditinggalkan oleh peminat di laman Instagram milik Uqasha, @uqashasenrose2.
Semuanya kerana watak Puteri yang dibawakan oleh Uqasha dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.
 
Menjayakan karakter antagonis, Uqasha berganding bahu bersama pelakon senior, Datin Seri Zizie Izette yang memegang watak Puan Sri Mawar.
 
Puteri dan Puan Sri Mawar sering membuli dan bertindak kejam terhadap watak Nura Medina yang dijayakan oleh Nur Fazura.
Walaupun mengundang rasa menyampah, usaha gadis yang berasal dari negeri Kelantan ini dalam menjayakan watak Puteri nyata membuahkan hasil kerana peminat memuji bakat lakonan yang ditampilkan oleh Uqasha.

Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
 

No comments:

Post a Comment

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017 Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pav...