Gelaran 'Kayu Paling Popular'? Hahaha... Kelakar - Fattah Amin
26 Mei 2017. 9.00 AM
Pelakon Fattah Amin menganggap gelaran kayu paling popular sebagai satu perkara yang lucu.
Gelaran tersebut menjadi tular di media sosial selepas Fattah memenangi gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH 30 (ABPBH 30) baru-baru ini.
Semenjak kemenangan tersebut, enjin carian Google akan memaparkan wajah Fattah sekiranya pengguna melakukan carian dengan kata kunci 'kayu paling popular'.
"Sebenarnya, ucapan kemenangan yang terkandung perkataan kayu di atas pentas ABPBH 30 adalah kerana sewaktu awal kemunculan saya di persada lakonan, ramai yang memberi kritikan mengatakan saya kayu.
"Bila gelaran 'kayu paling popular' viral, saya hanya tergelak kerana saya rasakan perkara tersebut lucu dan kelakar. Saya langsung tidak terasa hati atas gelaran tersebut," kata Fattah.
Dalam pada itu, Fattah gembira kerana drama terbaru lakonannya, Hero Seorang Cinderella mendapat reaksi positif.
Dalam pada itu, Fattah gembira kerana drama terbaru lakonannya, Hero Seorang Cinderella mendapat reaksi positif.
"Alhamdulillah, walaupun drama bersiri tersebut baru ditayangkan, saya gembira dan bersyukur apabila melihat sambutan baik peminat.
"Ramai yang suka dengan gandingan saya bersama Nur Fazura. Saya berharap drama ini akan mendapat sokongan ramai sehingga ke penghujung episod," katanya.
"Ramai yang suka dengan gandingan saya bersama Nur Fazura. Saya berharap drama ini akan mendapat sokongan ramai sehingga ke penghujung episod," katanya.
VOTE FOR #HSC





No comments:
Post a Comment