Saturday, June 17, 2017

Michael Ang Paksa Fattah Amin & Nur Fazura Bercinta

29 Mei 2017. 5.00 PM


Pengarah Michael Ang mengakui dia memaksa pelakon Fattah Amin dan aktres Nur Fazura untuk bercinta dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.
 
"Mereka tidak pernah digandingkan bersama. Sebagai pengarah, saya sudah memberi pesanan awal terhadap Fattah dan Fazura supaya mereka benar-benar bercinta ketika di set penggambaran untuk mewujudkan keserasian.
 

"Selepas beberapa ketika, jalinan kemesraan antara mereka mula terpancar menerusi visual. Mereka berdua sangat profesional dan mudah untuk bekerjasama," kata Michael.

Selepas kejayaan Suri Hati Mr. Pilot, Michael mahu terus mengekalkan momentum mengeluarkan produk berkualiti yang mempunyai pengikut tersendiri.

"Saya perlu memastikan Hero Seorang Cinderella berada di tahap tersendiri. Bukan untuk bersaing, tetapi saya hanya mahu mengekalkan momentum Suri Hati Mr. Pilot.


"Saya mahu menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati penonton. Syukur kerana walaupun baru seminggu bersiaran, drama bersiri ini mendapat maklumbalas positif," katanya.

Mengangkat tema yang diadaptasi daripada novel dan drama bersiri lakonan Fattah dan Fazura, Hero Seorang Cinderella bersempena kedatangan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Kempen yang diberi nama 'Raya Kasih dan Cinta' di Quill City Mall KL ini bermula 25 Mei sehingga 2 Julai 2017.




No comments:

Post a Comment

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017

Sajat Tampil Separuh Bogel Di #KLFW2017 Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pav...