Peminat Samakan #FattZura Dengan David & Victoria Beckham
Hero Seorang Cinderella Dibintangi oleh Fattah Amin dan Nur Fazura, peminat telah mula memperkatakan mengenai drama bersiri arahan bersama Michael Ang dan Hadith Omar ini.
Mengumpul kelompok peminat tersendiri, penonton sememangnya tidak sabar menantikan gandingan sulung Fattah dan Fazura yang mereka gelarkan sebagai #FattZura.
Terbaru, peminat bertambah teruja melihat foto-foto penggambaran Hero Seorang Cinderella yang kini sedang berlangsung di Amsterdam.
Menerusi beberapa entri peminat Hero Seorang Cinderella di laman Instagram, peminat menyamakan foto-foto #FattZura di Amsterdam dengan beberapa fofo pasangan terkenal antarabangsa, David dan Victoria Beckham.
Selain itu, peminat juga mula berkongsi foto-foto belakang tabir drama bersiri tersebut di laman sosial masing-masing.






No comments:
Post a Comment